Wednesday, 15 May 2019

Hadiah Hari Lahir Yang Paling Indah 2019

Assalamualaikum kawan-kawan.

Apa khabar semua? Salam Ramadan Kareem. Setelah hampir setahun aku tinggalkan blog ni , tiba-tiba Allah gerakkan hati aku cari balik blog aku. Aku samoai lupa apa link blog ni. Nampak sangat lama tak buka. 

Ok memandangkan hari ini aku tiba-tiba rajin nak menaip, aku nak cerita sedikit tentang hadiah hari lahir 2019 yang paling indah. Hadiah ini aku rasa idaman semua umat Islam. Alhamdulillah aku diberi rezeki dan dipanggil oleh Allah untuk menjejakkan kaki aku di Bumi Allah yag paling indah iaitu Mekkah dan Madinah.



Aku pergi bulan Feb 2019. Memandangkan hari lahir aku bulan Feb juga, ini dikira seperti hadiah hari lahir daripada mak dan ayah aku lah. Aku memang bersyukur sangat sebab aku dapat jejakkan kaki di Tanah suci Mekkah sewaktu aku muda. Dan aku rasa aku tak puas. Aku nak lagi pergi sana. 

Nak diceritakan tentang pengalaman memang panjang. Secara ringkasnya memang sangat seronok sampai tak boleh nak gambarkan. Aku pendekkan lagi lah cerita aku ni , masa buat pertama kali aku pandang Kaabaah dengan mata aku ini waktu tu nak pergi buat umrah wajib dalam jam 11.30 malam. Ya Allah perasaan aku sebak sangat. Rasa nak menangis wei, tak sangka aku dapat lihat secara live depan mata. Sealu tengok di tikar sejadah ataupun di tv kan. Ni dapat tengok depan-depan. Memang rasa nak mengalir lah waktu tu. Rasa syukur tu tahap apa dah. Masa tengah tawaf tu pon aku macam tak boleh nak alihkan mata aku dari pandang Kaabah. In shaa Allah ada rezeki memang aku nak pergi lagi. Aku tak kesah tak pergi negara lain. Yang penting aku nak pergi Mekkah dan Madinah lagi. Tu hajat aku. Aku doakan korang juga dimurahkan rezeki dan dipanggil oleh Allah untuk menjejakkan kaki di Tanah suci Mekkah dan Madinah. Korang rasa sendiri pengalaman disana. Mesti korang rasa tak nak balik Malaysia.















Sekian , LoveNadjihah

Saturday, 11 November 2017

TASIK PEPSI BLUE RUSILA WITH SABAHAN GIRLS.

Assalamualaikum dan Hai .

Selamat petang semua . Apa khabar ? 

So, petang-petang macam ni sangat best bila dapat minum tea , makan goreng pisang cicah dengan sambal kicap kan . Memang superb best .

Tasik Pepsi Blue, Rusila

Hari ini saja Cik Ain nak story tentang Tasik Pepsi Blue Rusila , Terengganu ni . Yelah ramai sangat dah yang pergi sana menikmati keindahan alam yang sangat cantik tu kan. Jadi, memang kami pon nak jugalah berjalan release stress setelah seminggu menghadap buku . cehhh . Kan baik hilangkan stress dengan menikmati keindahan alam .

Kalau daripada Gong Badak , kami mengambil masa dalam 40 minit jugalah untuk sampai tasik ni. Tahu tak tasik ni terletak dekat area perumahan tau . Jadi korang jangan terbabas lepastu tercari-cari tak sangka tasik tu terletak dekat situ. 

Bila dah sampai tu, korang jangan expect terus sampailah eh. Korang ada misi dan tugasan sikit. Apa tu ? Hahhaha. Korang kenalah mendaki sikit untuk naik ke atas bukit tu . Taklah jauh sangat, tapi penat sikitlah. Tapi korang akan rasa hilang penat tu bila korang nampak Tasik ni tauu. Rrasa takjub dan kagum gila. Tambahan, kalau korang pergi sini janglah pakai heels ye, sebab tanah merah . Lepastu kalau baru lepas hujan memang licin sikitlah ehh .  


First photo

Happy sangat ni . Nasib tak terjun je .


Bila dah sampai tu, memang taklah nak lepaskan peluang ambil gambarkan sebagai kenangan. Masa ni tak ramai orang lagi. Selepas 15 minit macam tu , terus ada pengunjung lain. So , kami ambil keputusan untuk naik atas lagi untuk dapatkan view yang lagi best .

View daripada atas. Nak naik lagi pon boleh .

Sabahan Girls

Bonding Time

Acah Hipster


                                                

Ok, bila dah sampai atas tu memang semua macam hyper sikit . Semua acah nak duduk tepi-tepi tu . Kang jatuh buat naya je . Apa-apa pon ni memang pengalaman yang best gila lah . Mmemang korang akan rasa wow, aku nak pergi . Walaupun tempat ni bukan boleh buat mandi pon . Huhu. 

Itu saja celoteh Cik Ain petang ni . Dah lama tak membebel dekat blog ni . Rindu pula . 
Happy Reading :)


Love, NdjihahRhman