Wednesday, 15 May 2019

Hadiah Hari Lahir Yang Paling Indah 2019

Assalamualaikum kawan-kawan.

Apa khabar semua? Salam Ramadan Kareem. Setelah hampir setahun aku tinggalkan blog ni , tiba-tiba Allah gerakkan hati aku cari balik blog aku. Aku samoai lupa apa link blog ni. Nampak sangat lama tak buka. 

Ok memandangkan hari ini aku tiba-tiba rajin nak menaip, aku nak cerita sedikit tentang hadiah hari lahir 2019 yang paling indah. Hadiah ini aku rasa idaman semua umat Islam. Alhamdulillah aku diberi rezeki dan dipanggil oleh Allah untuk menjejakkan kaki aku di Bumi Allah yag paling indah iaitu Mekkah dan Madinah.



Aku pergi bulan Feb 2019. Memandangkan hari lahir aku bulan Feb juga, ini dikira seperti hadiah hari lahir daripada mak dan ayah aku lah. Aku memang bersyukur sangat sebab aku dapat jejakkan kaki di Tanah suci Mekkah sewaktu aku muda. Dan aku rasa aku tak puas. Aku nak lagi pergi sana. 

Nak diceritakan tentang pengalaman memang panjang. Secara ringkasnya memang sangat seronok sampai tak boleh nak gambarkan. Aku pendekkan lagi lah cerita aku ni , masa buat pertama kali aku pandang Kaabaah dengan mata aku ini waktu tu nak pergi buat umrah wajib dalam jam 11.30 malam. Ya Allah perasaan aku sebak sangat. Rasa nak menangis wei, tak sangka aku dapat lihat secara live depan mata. Sealu tengok di tikar sejadah ataupun di tv kan. Ni dapat tengok depan-depan. Memang rasa nak mengalir lah waktu tu. Rasa syukur tu tahap apa dah. Masa tengah tawaf tu pon aku macam tak boleh nak alihkan mata aku dari pandang Kaabah. In shaa Allah ada rezeki memang aku nak pergi lagi. Aku tak kesah tak pergi negara lain. Yang penting aku nak pergi Mekkah dan Madinah lagi. Tu hajat aku. Aku doakan korang juga dimurahkan rezeki dan dipanggil oleh Allah untuk menjejakkan kaki di Tanah suci Mekkah dan Madinah. Korang rasa sendiri pengalaman disana. Mesti korang rasa tak nak balik Malaysia.















Sekian , LoveNadjihah